Sunday, March 28, 2010

MESYUARAT PIBG KALI KE 32


Glitter Animator
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 2 petang bertempat di dewan SK Bachang.
Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hisham diikuti dengan ucapan daripada GPK 1 En Mohd Ghazi b Hj Abd Aziz. Disusuli dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Abd Kadir Yaakup dan majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Pegawai Pelajaran PPD Melaka Tengah iaitu En Baharuddin b Hassan. Mesyuarat ini juga telah mencatat sejarah kerana En Baharuddin juga telah sudi melancarkan laman web rasmi sekolah iaitu http://skbachang.blogspot.com.

Di dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan para ibubapa tentang tanggungjawab mereka untuk menghadiri mesyuarat yang penting ini. Beliau juga telah mengingatkan peranan guru-guru dalam membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu,beliau juga berpesan kepada ibubapa angkat SK Bachang agar lebih prihatin terhadap perkembangan sekolah ini dan membantu sekolah dalam menangani isu-isu semasa.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR Tahun 2009. Mesyuarat PIBG Kali ke 32 dipengerusikan Oleh Yang Di Pertua PIBG dan beberapa perkara telah dibincangkan seperti pelantikan 3 orang AJK baru, membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat, meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Dis 2009 dan membahaskan beberapa usul daripada ibu bapa.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5 petang.


No comments:

Post a Comment