Tuesday, June 26, 2012

INFO KURIKULUM

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT BERSAMA AJK PIBG DAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2012


Merujuk kepada mesyuarat PIBG bertarikh 15.6.2012, pihak sekolah telah mengambil ketetapan untuk mengadakan Solat hajat seperti berikut:



  1. Solat hajat 1        5.7.2012 [Khamis 7.00 malam]
  2. Solat hajat 2        19.7.2012  [Khamis  7.00 malam]
  3. Solat hajat menjelang UPSR      6.9.2012 [Khamis  7.00 malam]

Sehubungan itu, semua ibubapa/penjaga murid Tahun 6 dan guru-guru dijemput ke majlis solat pada ketentuan tarikh tersebut.

Oleh sebab kewangan tidak mengizinkan, ibubapa dan semua yang hadir dialu-alukan membawa kuih sepiring dua untuk jamuan selepas majlis tersebut.

Semoga segala usaha kita akan mendapat keberkatan bagi anak-anak di SK Bachang dalam menjana kecemerlangan sekolah. 

MAKLUMAN TERKINI

MAKLUMAN WAKTU BALIK SEMPENA KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 36 2012



  • Dimaklumkan bahawa semua murid SK Bachang dibenarkan pulang pada pukul 12.00 tgh atas kelulusan Jabtan Pelajaran Melaka dan akan ke sekolah semula SEBELUM 12.30 tgh untuk pergi ke stadium IPG Perempuan Melayu Melaka.

  • Pihak tuan/puan diharap dapat menyediakan bekalan wang atau makanan yang mencukupi untuk anak-anak kerana murid-murid tidak digalakkan pulang ke rumah. Ini memudahkan urusan menghantar murid ke stadium berkenaan dengan menaiki bas.

  • Kerjasama dan keperihatinan ruan/puan amat dihargai.

  • Terima kasih


Monday, June 25, 2012

AKTIVITI PANITIA AGAMA ISLAM

CERAMAH ISRA' MIKRAJ SK BACHANG TARIKH :22.6.2012 HARI : JUMAAT MASA : 8.00 PAGI PENGELOLA : PANITIA AGAMA ISLAM
Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
This free slideshow generated with Smilebox

Saturday, June 23, 2012

PENANGGUHAN KELAS

Adalah dimaklumkan bahawa beberapa program sekolah terpaksa ditangguhkan bersempena dengan sambutan kejohanan padang dan balapan SK Bachang 2012  iaitu:


  1. Kelas tambahan Tahun 6 bermula pada hari Isnin hingga Khamis 25-28 Jun 20112
  2. Kelas tasmiq dan Amali solat bagi tahun 1-6 bermula dari hari Isnin-Khamis 25-28 jun 2012 


Sekian untuk makluman dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

JEMPUTAN KE MAJLIS KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN


  • Dimaklumkan bahawa kejohanan padang dan balapan SK Bachang 2012 Kali ke 36 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 28.6.2012 [Khamis]
Masa :  2.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Perasmi : YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali b Mohd Rustam


  • Dimaklumkan juga  murid dibenarkan pulang pada pukul 11.00 pagi dan akan ke sekolah semula SEBELUM pukul 1.30 tgh untuk menaiki bas yang disediakan ke stadium berkenaan. 

  • Dimaklumkan juga sekolah akan bercuti peristiwa pada 29 Jun 2012 [Jumaat] bersempena majlis tersebut. 


Wednesday, June 20, 2012

Aktiviti Panitia Agama Islam

Makluman kepada warga SK Bachang bahawa pada hari Jumaat 22 Jun 2012 bersamaan 02 Syaaban 1433H Panitia Agama Islam menganjurkan ceramah sempena Sambutan Israk Mikraj peringkat dalaman di Dataran Minda mulai jam 7.30 pagi.Aktiviti akan dimulakan dengan bacaan yasin dan disusuli dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Ibrahim B Ahyead dan diakhiri dengan kuiz spontan. Semoga aktiviti yang dijalankan akan mendapat manfaat kepada warga SK Bachang.

SUKANTARA DAN SUKANEKA

Acara sukantara dan sukaneka di antara rumah sukan Bendahara, Syahbandar, Laksamana  dan Temenggong telah dijalankan seperti berikut

Tuesday, June 19, 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1-2012

UNTUK PERHATIAN IBUBAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 1, KEM BESTARI SOLAT KETIGA AKAN DIADAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT: TARIKH : 21.6.2012 HARI : KHAMIS MASA : 12.45-5.00 PETANG LOKASI : SURAU SK BACHANG JUSTERU ITU, AMALI SOLAT BAGI TAHUN 5 DAN TASMIK BAGI TAHUN 4 DITANGGUHKAN. HARAP MAKLUM. SEKIAN TERIMA KASIH