Friday, December 31, 2010

PROGRAM SUAIKENAL DAN PENDAFTARAN TAHUN 1

TARIKH : 30 DISEMBER 2010 (KHAMIS)

Hari ini merupakan hari suai kenal dan pendaftaran murid tahun 1 serta pembayaran yuran bagi semua murid-murid SKB. Terpancar reaksi yang pelbagai di wajah murid-murid kerana memasuki alam persekolahan.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Pn Hjh Che Aishah selaku guru besar SK Bachang dan diikuti dengan pembahagian murid mengikut kelas yang didaftarkan. Ujian diagnostik telah dijalankan bagi menentukan tahap murid mengikut aliran kelas Tahun 1.

Pada masa yang sama, pendaftaran dan pembayaran yuran juga dilaksanakan bagi semua murid SKB.

Semoga murid-murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

Saturday, November 20, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN HJH FAIZAH ABU BAKAR

MAJLIS PERSARAAN PN HJH FAIZAH ABU BAKAR
TARIKH: 19 NOVEMBER 2010
HARI : JUMAAT

Pn Hjh Faizah merupakan ketua panitia Bahasa Inggeris SKB yang telah berkhidmat selama 18 tahun dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan patut dicontohi.
Majlis persaraan ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan . Satu persembahan multimedia juga telah diadakan bagi mengingati peristiwa suka duka di SKB. Semua warga sekolah telah bersama-sama menyumbang untuk cenderahati di majlis send-off ini.
Editor merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pn Hjh Faizah kerana telah bersama-sama menaikkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Jasa mu tidak terbalas....

Thursday, July 15, 2010

PIDATO PIALA DIRAJA 2010

AKTIVITI: PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2010
TARIKH : 30 JUN 2010 (RABU)
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKB


Pertandingan Pidato Piala Diraja daerah Melaka Tengah 2010 telah dilancarkan pada hari Rabu 30 Jun 2010 bertempat di makmal komputer SKB. Adik Ain Nurfitrah dari SK(P) Methodist 2 telah muncul sebagai johan manakala adik Qurratu Aini dari SK Bachang mendapat tempat ketiga. 10 orang peserta telah layak untuk masuk ke pusingan seterusnya.

Editor merakamkan setinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa kerja yang telah menjayakan program ini.

Sunday, July 11, 2010

PROGRAM CO1 SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI : PROGRAM CO 1 SEKOLAH RENDAH DAERAH MELAKA TENGAH
TARIKH : 10 JULAI 2010 (SABTU)
MASA : 7.30-12.30 PM
TEMPAT : SK BATU BERENDAM 2 MELAKA

Seramai 20 orang pelajar dari SK Bachang telah menyertai program ini yang diadakan bagi membimbing murid meningkatkan pencapaian dalam UPSR 2010. Adalah diharapkan murid-murid dapat menguasai teknik menjawab soalan dan membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian UPSR sekolah kita.




Wednesday, June 2, 2010

TAKLIMAT PELUASAN 5 STAR RATING

TAKLIMAT PELUASAN 5 STAR RATING

23 buah sekolah di Negeri Melaka telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti Program Peluasan Pembudayaan Teknologi Sekolah Mengikut Kelompok atau Peluasan 5-STAR Rating, peringkat Negeri Melaka yang diadakan di BTPN Melaka pada 2hb dan 3hb Jun 2010.
Taklimat ini bertujuan memperincikan semua keperluan dan tindakan yang harus dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai taraf 5-Bintang berdasarkan Instrumen Penarafan Smart School Qualification Standards atau SSQS.

Kursus ini telah dihadiri oleh Pn Azmah Eliyas (Guru Penyelaras Bestari) dan Pn Norita Mohd Yusoff (Guru Penyelaras Media)

Tuesday, June 1, 2010

TAKLIMAT PROFESIONAL

TARIKH: 1 JUN 2010
MASA : 12.45 TGH
AKTIVITI : TAKLIMAT PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS (TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM DAN BI UPSR)

Tuesday, May 18, 2010

KELAS MIKRO 2010

KELAS MIKRO DIJALANKAN BERMULA PADA 17 MEI 2010 PADA JAM 8.30-10.00 MLM SETIAP ISNIN-KHAMIS. DIHARAPKAN MURID-MURID SASARAN INI AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN TERUTAMANYA UPSR 2010.

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker


TARIKH : 17 MEI 2010
HARI : ISNIN



Sunday, May 16, 2010

EDISI KHAS SEMPENA HARI GURU


Love Note Generator


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

KHAS BUATMU GURU



SEMPENA HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BACHANG 2010, PERSONALITI SEKOLAH PADA KALI INI IALAH SEPERTI BERIKUT:

PERSONALITI SKB : PN HJH FAIZAH ABU BAKAR


TARIKH LAHIR : 5 MEI 1956

TEMPAT LAHIR: SINGAPURA

INSTITUSI PENDIDIKAN : MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA

PERKHIDMATAN :

SEKOLAH PERTAMA SK SERI PASIR, SERI MEDAN BATU PAHAT BERMULA PADA 1 JANUARI 1977

BERTUKAR DARI JOHOR KE MELAKA DI SK KRUBONG PADA 1 APRIL 1981. TERUS MENABUR BAKTI KE SK BACHANG BERMULA PADA 1 DISEMBER 1992.

STATUS : TELAH BERKAHWIN DENGAN EN ZAKARIA ABDULLAH DAN DIKURNIAKAN 5 ORANG ANAK (4 LELAKI DAN 1 PEREMPUAN)

PADA TAHUN INI, PN HJH FAIZAH MASIH KEKAL SEBAGAI KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS, GURU KELAS 6 PUTIH, AJK KEBAKARAN, AJK PANITIA SENI DAN GURU RUMAH SUKAN KUNING.

PN HJH FAIZAH AKAN MENAMATKAN PERKHIDMATANNYA SEBAGAI GURU PADA HUJUNG TAHUN INI DAN BELIAU AKAN SENTIASA DIINGATI SEBAGAI GURU YANG CEKAP MENJALANKAN TUGAS IAITU 'KERJA HARI ESOK, SIAP HARI INI'. SELAIN ITU, PN HJH FAIZAH JUGA CUKUP DIKENALI SEBAGAI GURU YANG TEGAS, BAIK HATI , DISAYANGI MURID-MURID, PANDAI MEMASAK DAN TIDAK LOKEK MENURUNKAN RESEPINYA SERTA SANGAT DISENANGI OLEH RAKAN SEPERJUANGAN.

HARAPAN EDITOR AGAR KAK IZAH LEBIH TENANG MENJALANI TEMPOH PERSARAAN, MENDAPAT TIDUR YANG SECUKUPNYA, KURANG TENSION DAN KALAU RAJIN BOLEH BUKA KELAS MEMASAK YE...

KAK IZAH, ALL THE BEST AND THANK YOU FOR BEING MY MENTOR.

Saturday, May 15, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

TARIKH : 15 MEI 2010
AKTIVITI : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
LOKASI : MAKMAL KOMPUTER SKB
TAJUK : PEMBINAAN ITEM SOALAN BERASASKAN ICT DAN PENGURUSAN Q NET


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

TAKLIMAT PROGRAM MIKRO

AKTIVITI : TAKLIMAT PROGRAM MIKRO
TARIKH : 14 MEI 2010
MASA : 8.30 MALAM

Kelas Program Mikro akan dijalankan mulai 17 Mei 2010 selaras dengan hasrat Pengarah Pelajaran Negeri Melaka untuk meningkatkan pencapaian UPSR . Kelas mikro ini dilaksanakan pada hari Isnin-Khamis bermula pada pukul 8.30 -10.00 malam . Berikutan itu, murid-murid sasaran ini diharapkan dapat membantu melonjakkan prestasi UPSR sekolah dan negeri melaka secara amnya.

Friday, May 14, 2010

Thursday, May 13, 2010

BENGKEL MENGOPTIMUM DAN MENGINTEGRASI SUMBER PENDIDIKAN BERASAS ICT DALAM P&P



BENGKEL MENGOPTIMUM DAN MENGINTEGRASI SUMBER PENDIDIKAN BERASAS ICT DALAM P&P

Selaras dengan hasrat untuk meningkat dan memastikan kemudahan prasarana, infrastruktur, dan pengunaan ICT digunakan secara menyeluruh dan bersepadu, Melaka telah dipilih untuk melaksanakan program rintis “Mengoptimumkan Penggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembestarian Pendidikan” melibatkan 40 buah sekolah.

Kursus ini telah dihadiri oleh Pn Norita Mohd Yusoff (Guru Penyelaras Media)

Tarikh : 11 dan 12 Mei 2010 (Selasa dan Rabu)

Masa : 8.00 hingga 4.30 petang

Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.


Wednesday, May 12, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

TARIKH :7 MEI 2010
HARI : JUMAAT
AKTIVITI : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN/ BOOK REVIEW