Tuesday, March 30, 2010

MESYUARAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Tarikh : 30 Mac 2010
Hari : Selasa
Tempat: Bilik Mesyuarat SKB

Perkara: Pemberitahuan Kelulusan Penempatan Ke Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Rendah) dan Jemputan Ke Mesyuarat Program Pendidikan Khas Integrasi kali Pertama 2010.

Taklimat:
1. Guru Besar:
  • Program Pendidikan khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) telah diadakan di SK Bachang pada awal Januari 2010.
  • Buat sementara waktu, kelas ini menumpang di bilik PPSMI dengan murid seramai 6 orang dan guru 2 orang. Dalam Rancangan Malaysia ke 10 akan didirikan bangunan baru.
2. Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPM (En Yahya b Md Tap)
  • Unjuran 2010 akan didirikan bangunan Pendidikan Khas yang berharga RM 150,000.
  • Penerangan mengenai Akta Pendidikan Khas 1996 peruntukan undang-undang berkaitan Pendidikan Khas yang termaktub dalam Bab 8.
  • Peratutan-peraturan Pendidikan (PK) 1997 bahagian 113(2)
  • Murid Pendidikan Khas mempunyai tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, cacat penglihatan dan cacat pendengaran.
  • Proses kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Penerangan mengenai RPI (Rancangan Pengajaran Individu)

Sunday, March 28, 2010

MESYUARAT PIBG KALI KE 32


Glitter Animator
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 2 petang bertempat di dewan SK Bachang.
Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hisham diikuti dengan ucapan daripada GPK 1 En Mohd Ghazi b Hj Abd Aziz. Disusuli dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Abd Kadir Yaakup dan majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Pegawai Pelajaran PPD Melaka Tengah iaitu En Baharuddin b Hassan. Mesyuarat ini juga telah mencatat sejarah kerana En Baharuddin juga telah sudi melancarkan laman web rasmi sekolah iaitu http://skbachang.blogspot.com.

Di dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan para ibubapa tentang tanggungjawab mereka untuk menghadiri mesyuarat yang penting ini. Beliau juga telah mengingatkan peranan guru-guru dalam membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu,beliau juga berpesan kepada ibubapa angkat SK Bachang agar lebih prihatin terhadap perkembangan sekolah ini dan membantu sekolah dalam menangani isu-isu semasa.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR Tahun 2009. Mesyuarat PIBG Kali ke 32 dipengerusikan Oleh Yang Di Pertua PIBG dan beberapa perkara telah dibincangkan seperti pelantikan 3 orang AJK baru, membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat, meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Dis 2009 dan membahaskan beberapa usul daripada ibu bapa.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5 petang.


Saturday, March 27, 2010

SI COMEL LAWAT SK BACHANG


Glitter Graphics Generator

Memasuki sesi persekolahan 2010, Si Comel telah melawat SK Bachang pada hari Jumaat 26 Mac 2010 bagi bertemu para pembaca KUNTUM dan peminatnya.Lawatan ini merupakan lawatan susulan daripada Pn Nasriyah dan crewnya yang sebelum ini yang telah memeriahkan sambutan Hari Nilam peringkat Sekolah yang lepas.


Murid-murid SKB begitu gembira dengan kehadiran Si Comel kerana secara langsung ia memberi semangat baru kepada murid-murid untuk lebih gemar membaca.
Si Comel juga turut memeriahkan suasana dengan soalan-soalan kuiz, menyampaikan hadiah kepada pelanggan KUNTUM dan bergambar dengan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber,Pengawas SPBT, guru-guru dan serta murid-murid SK Bachang. Antara crew KUNTUM yang terlibat ialah En Zam Zam, Pn Nasriyah, Irene Lee dan juga Si Comel.

Untuk rekod, SKB merupakan sekolah yang paling banyak melanggan majalah KUNTUM di seluruh negeri Melaka. Pihak KUNTUM telah merancang untuk memuatkan satu ruangan khas mengenai SKB bagi edisi akan datang.

Editor mengucapkan syabas kepada Pn Norishah Salam selaku Penyelaras KUNTUM dan semoga semangat membaca terus subur di kalangan warga SKB.


"BANGSA BERJAYA BANGSA MEMBACA"


Wednesday, March 24, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SKB

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker


Sambutan maulidulrrasul 1431H /2010H peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa 23 Mac 2010 jam 3.00-5.00 pm di Dataran Minda SKB.
Objektif:
1. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, fizikal, mental, rohani dan emosi.
2. Menanamkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW
3. Menanamkan semangat muhibbah di kalangan murid-murid.
4. Mengeratkan tali silaturrahim di kalangan murid-murid dan guru.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah warga SKB berkumpul dan berselawat beramai-ramai. Perarakan dimulakan dari dataran minda,berjalan keluar ke Jalan Tun Perak, menyusur masuk ke Lebuh AMJ dan masuk semula ke perkarangan sekolah.

Selawat diteruskan di bawah pimpinan Ustaz Hakim dan makanan serta minuman diagihkan kepada murid oleh ajk makanan dan guru-guru yang terlibat.Majlis selesai pada pukul 5petang.

Editor merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga sekolah serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Wednesday, March 17, 2010

BENGKEL UPSR 15-16 MAC 2010

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker

Bengkel UPSR bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan sewaktu cuti sekolah baru-baru in iaitu pada 15-16 Mac 2010.
Murid -murid telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR daripada pemeriksa kertas UPSR dan jurulatih utama yang telah diundang khas daripada beberapa buah sekolah.
Program ini adalah diharapkan dapat membantu murid-murid agar lebih bermotivasi di samping memantapkan lagi persediaan murid sebelum menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tiba.

Wednesday, March 10, 2010

SAMBUTAN HARI SUKAN SKB 9 MAC 2010

Sambutan Hari Sukan SK Bachang telah diadakan pada hari Selasa 9 Mac 2010 jam 1.45 ptg. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj Abdul Kadir b Yaakup selaku YDP PIBG SKB.
Karnival dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontinjen rumah sukan dan unit beruniform.Diikuti dengan ucapan lafaz ikrar sukan oleh adik Shahradzwan Haris 6P dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hafiz.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh GPK 1 En Mohd Ghazi Hj Abd Aziz dan ucapan perasmian oleh Tn Hj Abd Kadir Yaakup.

Beberapa acara telah dipertandingkan seperti acara balapan, sukaneka tahap 2, Acara tarik tali bawah 12, acara pegawai sukan wanita dan kaum ibu serta acara pegawai lelaki dan kaum bapa.

Juara perbarisan lintas hormat jatuh kepada Rumah Merah sementara juara keseluruhan jatuh kepada rumah Kuning.Olahragawan Sekolah pada tahun ini digalas oleh Adik Nur Aiman dari rumah Kuning.

Majlis merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi PIBG, para ibubapa, guru-guru, murid-murid serta mereka yang telah menjayakan Karnival Sukan SK Bachang tahun 2010.



TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN MURID RUMAH KUNING DAN RUMAH MERAH SEKALI LAGI!
SILA KLIK GALERI MULTIMEDIA UNTUK KOLEKSI VIDEO/SLIDE HARI SUKAN 2010.

SANA SINI DI HARI SUKAN SKB



Sunday, March 7, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Latihan dalam perkhidmatan kali pertama telah diadakan pada Sabtu 6 Mac 2010. Slot pertama ialah teknik memproses buku.Semua guru telah diberi penerangan oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Norita Yusoff mengenai langkah-langkah yang perlu untuk memproses buku seperti mengecop no perolehan buku,cop sekolah, no ms rahsia dan cara menampal kocek buku.
Sementara itu, slot kedua iaitu pembinaan ABM telah dijalankan secara berkumpulan mengikut panitia masing-masing.
Diharap semua guru dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperolehi daripada latihan dalam perkhidmatan pada kali ini.

Tuesday, March 2, 2010

KEM BESTARI SOLAT SIRI1/2010

Kem Bestari Solat (KBS) siri 1/2010 telah bermula pada 22 Februari 2010 sehingga 4 Mac 2010. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 1,2,3, 4 dan 5.

Untuk makluman, KBS adalah aktiviti seumpama perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Objektif KBS:
Selepas melaksanakan KBS , murid dapat berwudhuk dan solat dengan sempurna serta mengetahui perkara-perkara penting dalam solat seperti dapat membezakan perkara-perkara rukun dan sunat.

Senarai nama fasilitator:
Ustaz Abd Hakim, Ustaz Salim Jusoh, Ustaz Mohd Hafiz, Ustaz Mohd Hisham, Ustazah Rawiyah, Ustazah Shahratudar, Ustazah Tengku Norazlin, Ustazah Saadiah, Ustazah Hartini, Ustazah Siti Rahimah, Ustazah Razihaini.

Program KBS siri 2 akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi memastikan keberkesanan program melalui penilaian pada setiap siri. Mudah-mudahan, usaha murni ini akan diberkati dan dapat menanamkan dalam jiwa anak-anak rasa taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T.


Monday, March 1, 2010

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

Program ini telah dilaksanakan pada 1 Mac 2010 jam 8.00 pagi di Dataran Minda SK Bachang.
Objektif Program
  • Murid-murid akan memenuhi masa mereka yang terluang dengan membaca buku terutama waktu pagi, rehat dan waktu balik.
  • Murid-murid akan menggunakan Pusat Sumber secara optimum.
  • Mengasah bakat murid.
  • Memperbaiki dan menambah kemahiran berkomunikasi
Tentatif program
  1. Nyanyian lagu patriotik
  2. Bacaan Iqra' (Surah Al-Alaq ayat 1-5) oleh adik Ahmad Faris dan Wan Amirul
  3. Ucapan Pn Nasriyah bt Rahmat selaku Pengurus QB Station.
  4. Ucapan Perasmian dan Pelancaran NILAM oleh Guur Besar SK Bachang, Pn Hjh Che Aishah Yaacob.
  5. Penyampaian Cenderahati (NILAM)
  6. Persembahan murid
(Deklamasi Sajak- Warisan Membaca oleh Nurul Nabihah Mahpof 6P)
(Membaca biodata Diri (Bahasa Arab) oleh Nada Umairah dan Nurin Husna 5P)
(Persembahan koir sekolah-Nyanyian Lagu Budaya Membaca)

Majlis telah berjalan mengikut perancangan dan sambutan daripada semua murid amat menggalakkan terutamanya apabila mereka berlumba-lumba ingin menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh Pn Nasriyah. Bagi pihak syarikat, Puan Nasriyah telah berjanji untuk membawa maskot Si Pintar ke sekolah pada akhir bulan Mac ini.