Monday, August 25, 2014

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Tahun 6

Tarikh: 23 Ogos 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Masjid Al-Huda, Tambak Balai Panjang

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan seterusnya diteruskan dengan solat dhuha dan solat hajat.
Majlis ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengeratkn silaturahim dikalangan semua warga Sk Bachang dan ibubapa.Ia juga dapat melahirkan individu muslim yang cinta kepada agama dan memberi pendedahan agama ke arah kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.





Thursday, August 14, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan (Frog VLE)

Tarikh: 13 Ogos 2014
Masa: 1:40 petang
Tempat: Makmal Komputer Sk Bachang

Pendedahan mengenai Frog VLE disampaikan oleh En. Ahmad Ramzan b. Ali dari PKG Bachang.
Guru-guru diberi taklimat serta pendedahan bagi menggunakan laman Frog ini yang juga akan digunakan oleh muri-murid Sk Bachang.


Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2014

Tarikh: 13 Ogos 2014
Masa: 11:05 pagi
Tempat : Bilik Tayang Sk Bachang


Motivasi Tahun 6 di sampaikan oleh Ustaz Sulaiman dari Darul Hijrah sedikit sebanyak memotivasikan murid-murid dan memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba.Motivasi ini bertujuan mengurangkan tekanan murid-murid dan memberi penyelesaian kepada murid untuk menghadapinya.Syukur Alhamdullillah, program motivasi ini banyak membantu meningkatkan keyakinan murid-murid tahun 6.






Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

Tarikh : 11 Ogos 2014
Masa : 7:45 pagi
Tempat : Dataran Minda

Pada tanggal 11 Ogos, pelancaran kempen jalur gemilang telah dilaksanakan di dataran minda Sk Bachang. Majlis dirasmikan oleh Pn.Aisah bt Johar selaku GPK 1 diiringi oleh Pn. Azlinah bt Hj. Yang GPK HEM dan Pn. Masdura bt Selamat GPK KOKU.Acara dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan lagu kemerdekaan beserta kibaran bendera oleh murid-murid Sk Bachang.Meriahnya dan bersemangatnya murid-murid dan guru-guru Sk Bachang.Merdeka...Merdeka...Merdeka....