SEKAPUR SIREH



MySpace Picture Frames
 
Assalamualaikum wrbtkth dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini, saya bagi pihak barisan pendidik, , kakitangan, PIBG  serta warga sekolah amnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog sekolah ini.

Seiring dengan kemajuan ICT dan dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, saya menyeru agar semua warga sekolah  dapat mempertautkan silaturahim dengan semua pihak menerusi laman blog ini. Saya juga menaruh sepenuh keyakinan terhadap barisan pendidik di sekolah ini dalam mempertingkatkan kegigihan dan bakti mulia untuk menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu kejayaan.Saya berharap agar anak didik sekalian dapat meningkatkan ketekunan demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan terutamanya murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini.

Bersama-samalah kita menjadikan Sekolah Kebangsaan Bachang sebagai sekolah contoh bukan sahaja di peringkat negeri Melaka malah di peringkat kebangsaan dari segi pengurusan, kecemerlangan akademik, kokurikulum ,keceriaan dan budaya pemuafakatan dalam menuju ke arah memperkasakan  sekolah kebangsaan.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam membangunkan blog ini.

Wassalam.

"BERILMU, BERIMAN. BERAMAL"



Salam hormat,

Pn Hjh Che Aishah bt Ya'acob
Guru Besar SK Bachang