PROFIL SEKOLAH

 SEJARAH SEKOLAH

Diasaskan pada tahun 1928 dengan nama Sekolah Melayu. Diperbuat daripada kayu dan keluasannya ialah setengah ekar di Kampung Lapan, Bachang. Mengandungi 5 buah kelas dan lima orang guru dan digunakan sehingga 1930. 
 Tahun 1931 , bangunan baru dibina berbentuk U dengan 2 buah rumah guru. Bangunan  ini bertiangkan kayu dan daun tingkapnya dibuat dari kulit nibong.Mengandungi 6 bilik darjah dengan jumlah murid seramai 150 orang dan 7 orang guru. 
Tahun1956 , bangunan tambahan dibina separuh batu dan dua pertiga daripadanya berjaring dan tidak bersiling. Ia mengandungi 3 bilik darjah dengan  keramaian murid 350 orang dan 12 orang guru. Oleh kerana bangunan ini terlalu uzur ia dirobohkan pada tahun 1992.                                 
                                                                                        BLOK WIRA


Awal tahun 70an, 2 blok bangunan baru pula didirikan iaitu
Blok Wira dan blok Satria.
   
BLOK SATRIA  mengandungi 13 bilik darjah dan 1 bilik perpustakaan. Kini , bilik perpustakaan telah diubahsuai menjadi bilik muzik pada tahun 1992. 


 
Pada tahun 1993 pula kerajaan membina dua blok bangunan empat tingkat lengkap dengan kemudahan asas untuk keperluan sekolah . Blok ini dinamakan BLOK PERDANA. 
   Sebelum bangunan ini dibina, sekolah terpaksa bersekolah dua sesi dari tahun 1992 - 1994 iaitu sesi pagi dan sesi petang.


 
Pada tahun 1995, setelah bangunan baru ini siap barulah sekolah ini bersekolah satu sesi. 

BLOK WAJA 



 
Tahun 2003 menyaksikan pembinaan sebuah makmal komputer 2 tingkat (FASA 2) seiring dengan perkembangan ICT,era globalisasi.
Sebanyak 42 buah komputer dan 2 buah mesin pencetak telah dibekalkan oleh Kerajaan.




MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN GENERASI BERKUALITI BERDASARKAN KEPADA FALSAFAH NEGARA


VISI SEKOLAH

SKB CEMERLANG DALAM AKADEMIK , SAHSIAH DAN KOKURIKULUM MENJELANG 2015