Monday, August 25, 2014

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Tahun 6

Tarikh: 23 Ogos 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Masjid Al-Huda, Tambak Balai Panjang

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan seterusnya diteruskan dengan solat dhuha dan solat hajat.
Majlis ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengeratkn silaturahim dikalangan semua warga Sk Bachang dan ibubapa.Ia juga dapat melahirkan individu muslim yang cinta kepada agama dan memberi pendedahan agama ke arah kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.





Thursday, August 14, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan (Frog VLE)

Tarikh: 13 Ogos 2014
Masa: 1:40 petang
Tempat: Makmal Komputer Sk Bachang

Pendedahan mengenai Frog VLE disampaikan oleh En. Ahmad Ramzan b. Ali dari PKG Bachang.
Guru-guru diberi taklimat serta pendedahan bagi menggunakan laman Frog ini yang juga akan digunakan oleh muri-murid Sk Bachang.


Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2014

Tarikh: 13 Ogos 2014
Masa: 11:05 pagi
Tempat : Bilik Tayang Sk Bachang


Motivasi Tahun 6 di sampaikan oleh Ustaz Sulaiman dari Darul Hijrah sedikit sebanyak memotivasikan murid-murid dan memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba.Motivasi ini bertujuan mengurangkan tekanan murid-murid dan memberi penyelesaian kepada murid untuk menghadapinya.Syukur Alhamdullillah, program motivasi ini banyak membantu meningkatkan keyakinan murid-murid tahun 6.






Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

Tarikh : 11 Ogos 2014
Masa : 7:45 pagi
Tempat : Dataran Minda

Pada tanggal 11 Ogos, pelancaran kempen jalur gemilang telah dilaksanakan di dataran minda Sk Bachang. Majlis dirasmikan oleh Pn.Aisah bt Johar selaku GPK 1 diiringi oleh Pn. Azlinah bt Hj. Yang GPK HEM dan Pn. Masdura bt Selamat GPK KOKU.Acara dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan lagu kemerdekaan beserta kibaran bendera oleh murid-murid Sk Bachang.Meriahnya dan bersemangatnya murid-murid dan guru-guru Sk Bachang.Merdeka...Merdeka...Merdeka....




Sunday, July 27, 2014

Ihya Ramadhan dan Majlis Qhatam Al-Quran



Tarikh: 25Julai 2014
Masa: 8pagi
Tempat: Kantin Sk Bachang

Majlis qhatam Al-Quran disempurnakan oleh bacaan ayat-ayat lazim oleh murid-murid tahap II iaitu murid tahun 4,5 dan 6. Seramai 20 orang murid dan dua orang ustaz yang menyertai bacaan tersebut. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan sambutan ihya ramadhan dan program bermaafan sesama guru dan murid-murid.Syabas Panitia Agama dan Kelab Staff.Alhamdullillah, segalanya berjalan dengan lancar.





Tuesday, May 20, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Tarikh: 16 Mei 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Kantin Sk Bachang

Sambutan Hari Guru pada tahun 2014 ini sungguh meriah sekali kerana guru-guru sendiri yang sungguh 'sporting' membuat persembahan sambil disaksikan oleh semua murid-murid Sk Bachang.
"Selamat Hari Guru buat semua guru Sk Bachang".



Friday, May 16, 2014

SUKANTARA DAN SUKANEKA 2014

Sukantara  di antara rumah-rumah sukan SKB dan sukaneka bagi murid pra sekolah, pendidikan khas dan Tahun 1 -2 telah diadakan pada 14 dan 15 Mei yang lalu. Semua murid telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Tahniah kepada semua ajk guru, murid dan semua warga SKB.











Wednesday, April 30, 2014

A moment with Puan Sri Sherina Leong Aris

Tarikh: 30.4.2014
Masa : 8.20 pagi
Tempat : Dewan SK Bachang

Malaysia Airports Holdings Bhd sekali lagi telah mengadakan lawatan ke SK Bachang yang telah menjadi anak angkatnya bermula 2013.
Rombongan ini telah disambut dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid SK Bachang. Diketuai oleh Pn Sri Sherina, beliau telah mengumumkan insentif untuk program membaca dalam Bahasa Inggeris  di bawah program Beyond Borders.
Murid-murid begitu teruja apabila melihat pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan sekiranya dapat mengumpul bintang untuk program membaca ini.

Semua guru-guru Bahasa Inggeris telah diberi latihan Grammar oleh Pn Sri Sherina sehingga jam 5 ptg. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah sudi membimbing warga sekolah kami.









Sila klik pautan di bawah untuk menonton video.

Sunday, April 13, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -36

TARIKH: 12 APRIL 2014
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : KANTIN SK BACHANG

Mesyuarat PIBG kali ke 36 telah dijalankan  dengan  lancar dan pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua ajk PIBG yang telah menjayakan mesyuarat ini. Juga jutaan terima kasih kepada pihak Malaysia Airport Holdings Berhad yang telah sudi memberi sumbangan kepada murid-murid yang mendapat 5 A   di dalam peperiksaan UPSR 2013.