Friday, April 22, 2011

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 6

TARIKH: 22 APRIL 2011 (JUMAAT)
MASA: 8.00-12.00 TGH
TEMPAT: SK BACHANG

Buat julung kalinya, SKB telah terpilih untuk program motivasi yang dianjurkan oleh pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka di bawah kerjasama CTOT LINK dan Nazlela Training.

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengurus Besar TAPEM , Encik Karim Yaakob kerana telah memilih sekolah ini bagi menyertai program motivasi kecemerlangan dan di atas kesudian beliau sendiri untuk turun padang seterusnya merasmikan program seumpama ini. Malahan pihak TAPEM juga turut menyumbang cenderahati berbentuk bekas pensel kepada semua calon UPSR 2011 SKB.

Kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kesudian pihak TAPEM yang sudi menyumbang ke arah kecemerlangan para pelajar SKB yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.TERIMA KASIH!

Thursday, April 21, 2011

KEJOHANAN HOKI MSSM KAWASAN BUKIT CHINA 2011

SKB telah dipilih menjadi pengelola bagi acara kejohanan hoki MSSM 2011 di Stadium Hoki MBMB pada19-19 April yang lalu. Di dalam kejohanan ini Malacca High School dinobatkan sebagai juara L kategori bawah 18 tahun manakala Sekolah Tinggi Perempuan melaka muncul juara kategori P bawah 18 tahun.
Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi penghargaan kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

Wednesday, April 13, 2011

KEJOHANAN BOLA BALING MSS KAWASAN BUKIT CHINA 2011

TARIKH: 11-12 APRIL 2011 (ISNIN-SELASA)
LOKASI: PADANG SEKOLAH TES (1)

Tahniah kepada pasukan Bola Baling Sekolah! SKB sekali lagi mewarnai arena sukan apabila pasukan bola baling lelaki berjaya menjuarai kejohanan peringkat Kawasan Bukit China yang diadakan secara liga.
Pasukan Bola baling perempuan muncul sebagai naib johan kawasan dan meraih tempat ketiga di peringkat akhir selepas tewas kepada CIJ 2.
Sekolah sangat berbangga kerana begitu ramai atlet telah dilahirkan di SKB. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada Cikgu Abu Samah GPK KOKU, Cikgu Zahid, Cikgu Fadli, Cikgu Ong dan Cikgu Noor Hidayah dan kepada semua guru yang telah memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung.
SYABAS! SKB BOLEH!

Monday, April 11, 2011

KEJOHANAN MSSM PERINGKAT NEGERI 2011

Tahniah sekali lagi kepada kepada 10 orang peserta SKB yang terpilih mewakili kawasan Bukit China ke peringkat negeri.

Syabas kepada adik Nur Farah Syahiah Nazarudin dari kelas 6P kerana telah membawa pulang :
100 m (P) Emas
200 m (P) Perak
4x 200 m (P) Gangsa
Sesungguhnya, SKB telah melahirkan atlet yang berbakat. Terima kasih kepada semua jurulatih, pengurus pasukan, pentadbi sekolah, guru-guru dan semua peserta di atas semangat kesukanan ini.

Friday, April 8, 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2011 MSSM KAWASAN BUKIT CHINA

Sekali lagi SK Bachang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila mennyertai kejohanan MSSM dan berjaya membawa pulang beberapa pingat dari SMK Seri Kota pada 29-31 Mac 2011.
Editor mengucapkan setinggi tahniah kepada semua peserta dan tidak lupa kepada semua guru sukan yang tidak mengenal erti jemu dan ikhlas melatih peserta kita seperti Cikgu Johar, Edie, Yaakob,Ros Azlinda dan Adzillah.

Berikut adalah senarai pingat yang berjaya dirangkul oleh olahragawan dan olahragawati SKB:
4x100m (L) bawah 12 Emas
4x200m (L) bawah 12 Gangsa
200m (P) bawah 12 Emas
100m (P) bawah 12 Emas
200m (L) bawah 12 Perak
Lempar cakera (P) bawah 12 Perak
Lempar cakera (L) bawah 12 Perak
Lempar cakera (L) bawah 12 Gangsa
Lontar peluru (P) bawah 12 Gangsa
Lompat Jauh (L) bawah 10 Perak

Peserta yang berjaya merangkul Emas akan mewakili sekolah pada 6-8 April 2011 yang akan bertempat di Stadium Hang Jebat.

TAHNIAH SKB! '1 MURID, 1 SUKAN'

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT KAWASAN BUKIT CHINA




PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT KAWASAN BUKIT CHINA
Tarikh: 6 April 2011
Tempat: SJK (C) WEN HUA

SK Bachang telah menghantar wakil daripada Tahap 1 dan Tahap 2 bagi pertandingan bercerita peringkat Kawasan Bukit China baru-baru ini. Ternyata usaha ini tidak sia-sia apabila adik Aishah Umairah dari kelas 3P (Tahap 1) berjaya mendapat hadiah saguhati di dalam pertandingan ini.
Editor mengucapkan tahniah terutamanya kepada semua peserta,Pn Zuraine dan semua guru yang terlibat dalam pertandingan ini.

SYABAS DAN TAHNIAH!

Wednesday, April 6, 2011

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS PERINGKAT KAWASAN BUKIT CHINA

Pertandingan Story Telling Level 2 Peringkat Kawasan Bukit China 2011 telah diadakan di SJKC Pay Fong 2 pada 5 April yang lalu.

Sekolah telah menghantar wakil bagi pertandingan ini iaitu adik Adielah Shahirah tahun 6P, dan telah mendapat consolation prize . Kita berbangga kerana adik Adielah adalah penerima hadiah saguhati daripada 24 orang peserta. Adik Adielah telah menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk "The Boy Who Wouldn't Go To Bed".

Tahniah Adik Adielah dan juga guru yang melatihnya iaitu Pn Shafariza.

Semoga SKB akan terus melahirkan storyteller yang hebat pada masa akan datang.

Tuesday, March 29, 2011

MAJLIS MTQ 2011

Tarikh : 29 MAC 2011
Masa : 7.30-12.30 tgh
Acara: Majlis Tadarus Al Quran (MTQ) Kawasan Bukit China 2011

Untuk julung kalinya, SKB telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Majlis MTQ Peringkat Kawasan Bukit China 2011. Antara acara yang dipertandingkan adalah Tilawah Al Quran (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P), Bercerita (L) dan (P). Hampir 24 buah sekolah kawasan Bukit China telah memasuki acara yang dipertandingkan.

Tn Hj Haris dari unit agama JPN telah menyuntik semangat kepada semua peserta yang menang dan yang tidak memenangi acara diharap dapat mencuba lagi. Seterusnya, beliau telah merasmikan majlis penutup MTQ ini dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Semua peserta juga boleh melayari laman Facebook SK Bachang sekiranya ingin melihat gambar yang telah dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Berikut ialah nama peserta yang telah dinobatkan sebagai pemenang dan akan mewakili kawasan Bukit China ke peringkat negeri.

JohanTilawah Al Quran
Muhd Muaz Syafiee (SK Batu Berendam)
Nur Syamimi (SK Peringgit)

Johan Hafazan
Muhammad Hakim (SK Batu Berendam)
Nuriman Azhar (Sk Bachang)

Johan Bercerita
Muhammad Shakir Zulfairy (SK Tengkera 1)
Eirina Nurfathiah (SJK CIJ 2)

Editor ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf di atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung dan segala yang baik itu datangnya dari Allah swt.

Terima kasih dan syabas semua!





HAPPY BIRTHDAY TEACHERS


Tarikh: 28 Mac 2011 Isnin
Masa : Perhimpunan rasmi pagi
Lokasi: Dataran perhimpunan

Atas inisiatif Kelab Staf , semua guru yang menyambut harijadi pada Januari-Mac 2011 telah diraikan sewaktu perhimpunan pagi. Hadiah telah disampaikan oleh GPK HEM En Ng Joon Wah diikuti dengan nyanyian Selamat Hari Lahir oleh murid-murid dan acara memotong kek.

Editor mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab staf kerana telah menghargai semua guru SKB. Diharap usaha murni ini akan berterusan.

Thank you and happy birthday teachers.

Sunday, March 27, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1

Latihan dalam perkhidmatan 1 telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2011. Slot yang pertama adalah mengenai pentaksiran PBS yang telah disampaikan sendiri oleh puan guru besar Pn Hjh Che Aishah Yaacob. Powerpoint bagi slot ini telah pun diupload di dalam blog sekolah.

Bagi slot kedua, guru-guru berpeluang belajar dan meneroka perisian MS Publisher yang disampaikan oleh Pn Jasmin Mohamad. Slot pada hari ini menekankan kepentingan membuat brochure kepada guru-guru. Di akhir slot, guru-guru telah memasuki pertandingan membuat brochure dan telah menunjukkan kesungguhan sewaktu merekacipta brochure masing-masing.

Hadiah bagi pemenang akan disampaikan sewaktu LDP2 30 April 2011 nanti. AJK Pembestarian mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh guru-guru SKB.

Friday, March 25, 2011

PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH 2011

pbs2011

Wednesday, March 23, 2011

LARIAN MERENTAS DESA 2011




Larian merentas desa di bawah kelolaan unit Ko Ku SKB telah diadakan pada hari Selasa 22 Mac s 2011. Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 telah mengambil bahagian di dalam larian ini. Acara ini telah dijayakan lagi dengan bantuan pihak polis dari Balai Polis Malim .

Editor mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkuslumus menjayakan acara tahunan ini.

Wednesday, March 2, 2011

FIRE DRILL

Program: LATIHAN KEBAKARAN
Lokasi : S K Bachang
Hari : Khamis (7 Februari 2010)
Waktu: 9.30 pagi

Satu latihan kebakaran telah diadakan di padang sekolah SK Bachang. Murid -murid telah menjalani latihan ini dengan terancang dan berdisiplin di bawah kelolaan Ustaz Mohd Hisham dan GPK HEM ini .
Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat kerana telah memberi kejersama yang baik sepanjang latihan ini.

Sunday, February 20, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Sambutan maulidul rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu).
Acara dimulakan dengan ceramah maulidul rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Semua murid SKB dan guru telah berarak sempena meraikan hari kebesaran junjungan kita. Terdapat ibubapa yang turut serta dalam perarakan ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya panitia agama dalam menjayakan majlis ini.

"1 MALAYSIA , 1 UMMAH"

Monday, January 31, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2011

Program kecemerlangan UPSR tahun 6 pada kali ini diadakan pada 28 Januari 2011 (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa dan penjaga, diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Salim Jusoh, ucapan puan Guru Besar, memperkenalkan guru-guru yang mengajar Tahun 6 dan taklimat program kecemerlangan. Majlis dimeriahkan lagi dengan ceramah motivasi oleh pakar motivasi En Rohizal Kasim.

Editor berharap agar keputusan peperiksaan UPSR kali ini akan lebih meningkat hasil daripada kerjasama ibubapa yang cemerlang , guru-guru dan usaha anak didik tahun 6. Semoga program ini bakal menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik sekolah. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.


Monday, January 24, 2011

UJIAN DALAM TALIAN PERMATA PINTAR NEGARA


PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERMATA UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2011.

Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

Monday, January 17, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SKB 2011



Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan SPBT pada kali ini telah diadakan pada pagi Isnin 17 Januari 2011 jam 8.00 pagi. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Salim, nyanyian lagu patriotik dan ucapan Guru Besar. Antara pesanan puan GB ialah semua pengawas mesti bertanggungjawab terhadap tugas masing- masing, berketerampilan dan tegas agar murid-murid yang lain mengikut arahan.

Diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil ketua balai, Balai Polis Malim selaku pegawai perhubungan sekolah Koperal Yusri b Mahat.Beliau juga telah menyampaikan watikah perlantikan para pengawas bagi sesi 2011 dan surat penurunan kuasa kepada guru disiplin SKB iaitu En Mohd Fadli Mad Yusof.

Editor mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pengawas SKB dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.