Thursday, April 10, 2014

KEJAYAAN KOKU SK BACHANG

Tahniah kepada pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan SK Bachang. Pasukan lelaki telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan perempuan menjadi Johan Peringkat Kawasan Bukit Cina. 5 orang pemain pasukan perempuan dan 3 orang pemain lelaki terpilih mewakili kawasan.

Adik Naqib Salam daripada tahun 5B juga telah muncul sebagai juara Deklamasi Sajak Syair peringkat kawasan dan menjadi Naib Johan peringkat negeri sempena karnival pendidikan di MITC baru-baru ini.

Syabas kepada semua pemain dan guru yang telah berjaya membawa murid SKB ke tangga kejayaan.


No comments:

Post a Comment