Thursday, July 26, 2012

TUISYEN RAKYAT 1 MALAYSIA

PERKARA : TAKLIMAT TUISYEN RAKYAT 1 MALAYSIA
TARIKH: 24.7.2012
MASA : 10.30 AM

Seramai 75 orang murid Tahun 6 SKB telah terpilih untuk menerima tuisyen rakyat 1 malaysia yang dijalankan dengan kerjasama Syarikat uniCLIQ Sdn Bhd dan Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Murid telah diberi pendedahan cara mengakses Unicliq secara online dan tatacara menggunakan aplikasi ini. Murid yang telah diberi login pengguna dan kata laluan boleh mengakses internet di sekolah ataupun di rumah masing-masing.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPN Melaka kerana telah memilih SK Bachang dan SK Pengkalan Balak sebagai perintis untuk projek ini. Semoga program ini dapat membantu peningkatan pencapaian murid dalam UPSR tahun ini.









No comments:

Post a Comment