Friday, May 7, 2010

KEJOHANAN BOLA JARING MSSM


Wavy Text Generator - MySpace Layouts


TARIKH : 6 MEI 2010
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SMK PADANG TEMU

Pasukan SKB telah memasuki pusingan akhir peringkat Negeri. Di kejohanan ini, SKB telah menewaskan SK Lereh 6-2, SK Sri Duyung 6-2, SK sri Lanang 11-2. Bagaimanapun, SKB tewas kepada SK Peringgit 15-6.

Warga SKB mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring dan guru-guru bola jaring sekolah kerana telah berjaya membawa pasukan ini ke tempat ketiga.

TAHNIAH sekali lagi!

Thursday, May 6, 2010

KEJOHANAN SOFBOL MSSM

TARIKH : 5 MEI 2010
TEMPAT : SMK TEKNIK BUKIT KATIL

Pasukan sofbol SKB (lelaki)telah berjaya ke pusingan kedua peringkat negeri. Editor mengucapkan syabas kepada pasukan sofbol lelaki dan juga kepada jurulatih utama En Johar Mastor yang berlatih bersungguh-sungguh untuk kejohanan ini.

SYABAS sekali lagi!

Tuesday, May 4, 2010

KEJOHANAN BOLA JARING 2010

PERKARA : KEJOHANAN BOLA JARING MSSM 2010
TARIKH : 4.5.2010
TEMPAT : SMK PADANG TEMU

Pasukan Bola Jaring Sekolah telah bertemu dengan pasukan dari SK Kubu, SK Bukit Lintang, SK Bukit Senggeh dan SK Tedong. Sekolah kita telah mengatasi kesemua sekolah tersebut dan akan mara ke pusingan kedua pada 6.5.2010 (Khamis). Pasukan SKB akan berentap dengan SK Lereh dan Seri Duyung untuk ke pusingan akhir peringkat negeri.

Editor mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah dan syabas kepada Pn Adzillah, Pn Noor Hidayah dan Pn Noor Aslinda kerana telah memberi yang terbaik untuk pasukan kita. Juga tidak lupa khas buat Pn Norita yang sanggup turun padang setiap hari selaku jurulatih utama.


SYABAS UNTUK SEMUA.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Sunday, May 2, 2010

Glitter Text Maker

Glitter Text Maker

TARIKH : 30 APRIL 2010 (JUMAAT)
AKTIVITI : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN -BOOK REVIEW

Seramai 4 orang guru telah membentangkan book review seperti berikut:
  • Cik Siti Fansutiza- "Berfikir Sendiri"
  • Pn Haffizah - "Ada Semangat?"
  • Pn Noor Reha- "Komunikasi untuk pemimpin"
  • Pn Shahratudar- "Cara Merangsang Minat Belajar"
Guru-guru yang lain telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan akan membentangkan book review mengikut giliran yang telah ditetapkan. Semoga guru-guru menemui penemuan baru yang boleh diaplikasikan di dalam P&P hasil daripada pembentangan ini.

SELAMAT MENGAJAR DAN SELAMAT MENCUBA!

BACAAN YAASIN DAN SURAH LAZIM

Bermula pada 30 April 2010, murid tahap 2 akan membaca surah yasin pada setiap pagi Jumaat di bawah pimpinan para ustaz panel agama seperti biasa. Manakala murid tahap 1 dikehendaki berkumpul di dataran minda dan membaca surah-surah lazim sebagai pengisian rohani.

Monday, April 26, 2010

PEMBAHAGIAN KELAS PROTIM MATHS DAN BM

TARIKH : 26 APRIL 2010
HARI : ISNIN
WAKTU : 8.20 PAGI
PERKARA : PEMBAHAGIAN KELAS PROTIM MATHS DAN BM

Murid-murid dari kelas 4M, 4K, 5M dan 5K telah dipilih untuk menduduki kelas PROTIM MATHS DAN BM mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:

Hari : Setiap hari Rabu (MATHS)
Setiap hari Khamis (BM)
Masa : 1.05-2.05

Sila rujuk jadual kelas PROTIM dibahagian halaman blog JADUAL KELAS.

Adalah diharapkan agar murid-murid yang terpilih ini akan mendapat lebih banyak penambahbaikan dan mencapai kejayaaan di dalam ujian/peperiksaan akan datang.

PEMBERIAN BANTUAN OLEH MAIM

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker


PERJUMPAAN BAGI PEMBERIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN OLEH MAIM KEPADA PELAJAR MISKIN TAHUN 2010

TARIKH : 26 APRIL

HARI : ISNIN
JAM : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK KESIHATAN SKB
PETUGAS : EN RAMLEE B MOHD (GPK HEM)

Saturday, April 24, 2010

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2010

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker



Tarikh : 23 April 2010
Hari : Jumaat

Pasukan Bola Baling SKB telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM 2010 peringkat negeri pada 20-23 April bertempat di SMK Telok Mas Melaka.
Pasukan bola baling perempuan SKB telah berjaya mendapat tempat ketiga peringkat negeri pada petang Jumaat 23 April 2010.
Manakala pasukan bola baling lelaki berjaya ke suku akhir peringkat negeri baru-baru ini.
Editor mengucapkan syabas kepada semua guru-guru yang telah berpenat lelah tanpa mengira waktu dengan memberikan latihan yang terbaik kepada pasukan sekolah kita. Kepada peserta pasukan bola baling, tahniah untuk anda semua. Tingkatkan prestasi,ok!



Wednesday, April 21, 2010

PEMANTAUAN PEMBUDAYAAN ICT KE SEKOLAH

TARIKH: 20 APRIL 2010

HARI : SELASA

PEGAWAI PEMANTAU : TN HJ AMIR B BASAR (PENOLONG PENGARAH BTPN) DAN EN MOHD SHAHIR B YAKOB (PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG 03)

PERKARA-PERKARA YANG DIPANTAU:
1. MAKMAL KOMPUTER
2. PUSAT AKSES
3. SCHOOLNET
4. TV PENDIDIKAN/EDUWEBTV
5. PERISIAN KURSUS PENDIDIKAN

Tuesday, April 20, 2010

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

TARIKH :
19 APRIL 2010 (MURID TAHUN 4)
20 APRIL 2010 (MURID TAHUN 5)
21 APRIL 2010 (MURID TAHUN 1)
28 APRIL 2010 (MURID TAHUN 2)
29 APRIL 2010 (MURID TAHUN 3)
TEMPAT:
SURAU SK BACHANG
PENGANJUR :
J-QAF SK BACHANG

ATURCARA KBS SIRI 2/10
1.35-2.35 MAKAN TENGAHARI,SOLAT ZOHOR BERJEMAAH, TAKLIMAT PROGRAM DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN

2.35-3.35 SLOT 1- WUDHUK: NIAT WUDHUK, ANGGOTA WUDHUK, CARA BERWUDHUK DAN AMALI

3.35-5.00 SLOT 2-SOLAT : NIAT SOLAT FARDHU, BACAAN DALAM SOLAT, CARA BERSOLAT & AMALI
* GERAK KERJA BERTULIS

5.00-5.30 SOLAT ASAR BERJEMAAH & BERSURAI