Friday, February 12, 2010

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 SESI 2010

Hari : Sabtu, 6 Februari 2010
Tempat : Dewan SK Bachang
Peserta : Semua murid Tahun 6
Fasilitator : Tn Hj Anuar Jaafar, Pn Nurulhuda Hasan dan guru-guru praktikum BNK.

Objektif program motivasi "Pengurusan Masa" :
  • Menyedarkan murid bahawa setiap orang mampu berjaya
  • Menyemai semangat yakin kepada diri sendiri
  • Membantu murid dari aspek sosial dan pembelajaran khasnya dalam pengurusan masa
  • Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti seharian bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Tentatif program:
8.00 am- Pendaftaran
8.30 am- Ceramah Pengurusan Masa
10.30-11.00 am- Rehat
11.00am - Pembahagian Kumpulan & LDK1 "Jigsaw Puzzle"
12.00 pm- LDK2 "Bina Jadual Persendirian"
12.30 pm- Bersurai

Sunday, January 31, 2010

PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

Majlis jalinan mesra ini telah diadakan pada Jumaat, 29 Januari 2010 di Dewan SKBachang tepat pada pukul 3.00 petang. Dirasmikan oleh Tn Hj Abd Kadir selaku Yang Dipertua PIBG SK Bachang.

Dimulakan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Salim Jusoh dan diteruskan dengan taklimat oleh Tn Hj Anuar Jaffar selaku guru bimbingan dan kaunseling. Diikuti dengan penerangan kertas peperiksaan mengikut subjek UPSR oleh Ketua-ketua Panitia serta suaikenal dengan guru-guru Tahun 6. 

Majlis bersurai sekitar 5.30 petang.

Antara ibubapa/penjaga yang menghadiri program ini.
Ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Che Aishah Yaacob, Guru Besar SKB
Ucapan perasmian oleh Tn Hj Abd Kadir Yaakup
Penerangan kertas BM oleh En Abu Samah Ahmad, GPK3
Penerangan kertas BI oleh Ketua panitia BI, Pn Hjh Faizah Abu Bakar
Penerangan kertas Maths oleh Ketua Panitia Maths, Pn Norsum Mustaffa
Penerangan kertas Science oleh Ketua Panitia Science dan juga Guru Penyelaras Tahun 6,
En Salleh Asran

Friday, January 22, 2010

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010

SEKITAR MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010
Majlis bertempat di Dataran Minda SKB pada 18 Januari 2010 dan telah disempurnakan oleh En Rashid b Ismail selaku Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat.

Objektif program ialah untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada semua pengawas , pengawas perpustakaan dan pengawas SPBT sebagai pemimpin kecil di sekolah.

Adalah diharapkan agar pemimpin kecil ini akan menjadi lebih berdedikasi, cekap, amanah dan penuh iltizam.

Program ini telah berjalan dengan lancar di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah serta Unit Disiplin. Semua guru yang terlibat telah memberi kerjasama yang padu demi menjayakan program ini serta mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak sekolah.












Sunday, September 20, 2009

LATIHAN KEBAKARAN 2009

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PASUKAN BOMBA 2009

Latihan bomba dan kebakaran telah diadakan bagi meningkatkan persediaan warga sekolah dalam menghadapi kebakaran atau bencana. Pihak bomba daripada Melaka Tengah telah didatangkan khas bagi latihan ini. Semua warga sekolah telah diberi informasi dan latihan  serta teknik memadamkan api.

Semoga dengan input yang berguna ini dapat meningkatkan lagi keyakinan warga sekolah agar lebih bersiap sedia dalam menghadapi apa pun cabaran yang bakal dihadapi. 

Sunday, July 19, 2009




BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEK0LAH
8 JULAI 2009
DIPIMPIN OLEH CIKGU FADLI DAN ADIK-ADIK PRAKTIKUM.























LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4/2009



LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
' PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL'

Berikut adalah foto kenangan sewaktu latihan dalam Perkhidmatan ke 4
Protokol dan Etiket Sosial. Dikendalikan oleh Tn Hj Ahmad Wahab, Guru Besar Cemerlang SK Kesang Tua. Selain itu, guru-guru daripada SK Malim juga bersama-sama menyertai LDP pada kali ini.

Secara keseluruhannya, slot ini amat  mengujakan kerana kami terhibur dengan gelagat Tn Hj Ahmad yang bersahaja, selamba dan suka berjenaka.