Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan Peringkat Daerah Melaka Tengah PKG 03 Bachang telah diadakan di SK Bachang pada 9 Oktober 2012 .
16 buah sekolah telah terlibat di dalam program ini iaitu SK Bachang, SJKC Bachang, SKP Methodist 1, SKP Methodist 2, SK Tengkera 1, SK Tengkera 2, SK Limbongan, SJKC Yu Hwa, SJKC Pay Teck, SJKC Chung Kuo, SK Kubu, SK Tamil Kubu, SJKC Notre Dame, SJKC Katholik, SK Methodist ACS dan SJKC Yok Bin.
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
1. Sesi ice breaking
2. Permainan Mencantumkan bendera menggunakan straw
3. Permainan Musang menangkap anak ayam
4. Permainan Nenek nenek si bongkok 3
5. Aktiviti "Chu Mei" dan "Kolam"
6. Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng (Gotong-royong menanam pokok dan persembahan tarian murid SK Bachang.
Program ini telah dirasmikan oleh En Abdul Mutalib, wakil PPD Melaka Tengah.
Thursday, October 11, 2012
Sunday, September 9, 2012
PROGRAM MOHON RESTU
Program mohon restu dan majlis penyampaian alatulis kepada calon upsr telah dijalankan pada pukul 8.00 pagi di kantin sekolah. Calon -calon juga telah dibawa melawat dewan peperiksaan dan diberi taklimat sebelum peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan iaitu Pn Noor Reha. Pihak sekolah mendoakan semua calon upsr SKB tahun 2012 mendapat keputusan yang membanggakan dan meningkatkan lagi prestasi UPSR sekolah.
Thursday, September 6, 2012
PENGUMUMAN KEPADA IBUBAPA/PENJAGA
Monday, September 3, 2012
Sunday, August 26, 2012
MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ANAK YATIM
Pada 15.8.2012, majlis khatam Al Quran dan penyampaian sumbangan sempena aidilfitri telah diadakan di dewan SK Bachang. Majlis Khatam Al Quran ini dipimpin oleh Ustaz Abdul Hakim dan Ustaz Ibrahim Ahyead. Seramai 25 orang anak yatim di SK Bachang telah menerima sumbangan daripada pihak sekolah dan orang perseorangan. Semoga amal bakti ini diberkati dan diredhai Allah SWT.
Sunday, August 12, 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM TAHUN 2012
TARIKH: 15.8.2012
TEMPAT: KANTIN SK BACHANG
MASA: 10.35-1.05 PTG
Sukacita dimaklumkan bahawa majlis khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan anak yatim akan diadakan pada ketetapan di atas. Sehubungan dengan itu, semua murid dibenarkan balik pada 1.05 ptg dan kelas tasmik dibatalkan.
Semoga majlis ini mendapat lebih keberkatan daripada Allah s.w.t

Wednesday, August 8, 2012
Sunday, August 5, 2012
JEMPUTAN KE MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Adalah dimaklumkan bahawa SK Bachang akan mengadakan perjumpaan Ibubapa mengikut ketetapan berikut.
Tarikh : 7.8.2012
Hari : Selasa
Masa: 11.30 pagi
Tampat : Bilik Mesyuarat SKB
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan sekolah sebelum peperiksaan UPSR pada 11-13 September 2012. Peranan ibubapa adalah penting untuk kecemerlangan anak-anak di samping usaha yang berterusan daripada pihak sekolah.
sehubungan dengan itu, ibubapa diminta menghadirkan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.
Tarikh : 7.8.2012
Hari : Selasa
Masa: 11.30 pagi
Tampat : Bilik Mesyuarat SKB
Tarikh : 8.8.2012
Hari : Rabu
Masa: 10.00 pagi
Tampat : Kantin SKB
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan sekolah sebelum peperiksaan UPSR pada 11-13 September 2012. Peranan ibubapa adalah penting untuk kecemerlangan anak-anak di samping usaha yang berterusan daripada pihak sekolah.
sehubungan dengan itu, ibubapa diminta menghadirkan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)