MERUJUK KEPADA PERKARA DI ATAS, UJIAN PERCUBAAN UPSR AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN DI ATAS. WALAUBAGAIMANAPUN, KELAS TAMBAHAN AKAN DIBATALKAN PADA HARI SELASA-KHAMIS (17-19 JULAI 2012).
HARAP MAKLUM. Sunday, July 15, 2012
Saturday, July 14, 2012
Tuesday, July 10, 2012
SOLAT HAJAT KALI KE-2
Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan program solat hajat kali k-2 pada 19 Julai 2012 bertempat di kantin sekolah jam 7.00 malam.
Semua ibubapa dan penjaga serta staff SK Bachang dijemput bagi mengimarahkan lagi majlis ini.
Semoga anak didik SKB yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini akan lebih cemerlang.
Sekian harap maklum.
Semua ibubapa dan penjaga serta staff SK Bachang dijemput bagi mengimarahkan lagi majlis ini.
Semoga anak didik SKB yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini akan lebih cemerlang.
Sekian harap maklum.
UJIAN PERCUBAAN UPSR 2012
Sukacita di maklumkan bahawa uijan percubaan UPSR 2012 akan diadakan pada 17-19 Julai 2012.
Ibubapa dan penjaga digalakkan untuk lebih mendampingi anak-anak bagi memastikan persediaan mental dan fizikal yang mencukupi.
Edaran jadual peperiksaan akan dibekalkan kepada murid dalam masa yang terdekat.
Sekian harap maklum.
Ibubapa dan penjaga digalakkan untuk lebih mendampingi anak-anak bagi memastikan persediaan mental dan fizikal yang mencukupi.
Edaran jadual peperiksaan akan dibekalkan kepada murid dalam masa yang terdekat.
Sekian harap maklum.
Tuesday, June 26, 2012
INFO KURIKULUM
JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT BERSAMA AJK PIBG DAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2012
Merujuk kepada mesyuarat PIBG bertarikh 15.6.2012, pihak sekolah telah mengambil ketetapan untuk mengadakan Solat hajat seperti berikut:
Merujuk kepada mesyuarat PIBG bertarikh 15.6.2012, pihak sekolah telah mengambil ketetapan untuk mengadakan Solat hajat seperti berikut:
- Solat hajat 1 5.7.2012 [Khamis 7.00 malam]
- Solat hajat 2 19.7.2012 [Khamis 7.00 malam]
- Solat hajat menjelang UPSR 6.9.2012 [Khamis 7.00 malam]
Sehubungan itu, semua ibubapa/penjaga murid Tahun 6 dan guru-guru dijemput ke majlis solat pada ketentuan tarikh tersebut.
Oleh sebab kewangan tidak mengizinkan, ibubapa dan semua yang hadir dialu-alukan membawa kuih sepiring dua untuk jamuan selepas majlis tersebut.
Semoga segala usaha kita akan mendapat keberkatan bagi anak-anak di SK Bachang dalam menjana kecemerlangan sekolah.
MAKLUMAN TERKINI
MAKLUMAN WAKTU BALIK SEMPENA KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 36 2012
- Dimaklumkan bahawa semua murid SK Bachang dibenarkan pulang pada pukul 12.00 tgh atas kelulusan Jabtan Pelajaran Melaka dan akan ke sekolah semula SEBELUM 12.30 tgh untuk pergi ke stadium IPG Perempuan Melayu Melaka.
- Pihak tuan/puan diharap dapat menyediakan bekalan wang atau makanan yang mencukupi untuk anak-anak kerana murid-murid tidak digalakkan pulang ke rumah. Ini memudahkan urusan menghantar murid ke stadium berkenaan dengan menaiki bas.
- Kerjasama dan keperihatinan ruan/puan amat dihargai.
- Terima kasih
Monday, June 25, 2012
AKTIVITI PANITIA AGAMA ISLAM
CERAMAH ISRA' MIKRAJ SK BACHANG
TARIKH :22.6.2012
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI
PENGELOLA : PANITIA AGAMA ISLAM
![]() |
| This free slideshow generated with Smilebox |
Saturday, June 23, 2012
PENANGGUHAN KELAS
Adalah dimaklumkan bahawa beberapa program sekolah terpaksa ditangguhkan bersempena dengan sambutan kejohanan padang dan balapan SK Bachang 2012 iaitu:
Sekian untuk makluman dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan/puan.
- Kelas tambahan Tahun 6 bermula pada hari Isnin hingga Khamis 25-28 Jun 20112
- Kelas tasmiq dan Amali solat bagi tahun 1-6 bermula dari hari Isnin-Khamis 25-28 jun 2012
Sekian untuk makluman dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan/puan.
JEMPUTAN KE MAJLIS KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
- Dimaklumkan bahawa kejohanan padang dan balapan SK Bachang 2012 Kali ke 36 akan diadakan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 28.6.2012 [Khamis]
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Perasmi : YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali b Mohd Rustam
- Dimaklumkan juga murid dibenarkan pulang pada pukul 11.00 pagi dan akan ke sekolah semula SEBELUM pukul 1.30 tgh untuk menaiki bas yang disediakan ke stadium berkenaan.
- Dimaklumkan juga sekolah akan bercuti peristiwa pada 29 Jun 2012 [Jumaat] bersempena majlis tersebut.
Wednesday, June 20, 2012
Aktiviti Panitia Agama Islam
Makluman kepada warga SK Bachang bahawa pada hari Jumaat 22 Jun 2012 bersamaan 02 Syaaban 1433H Panitia Agama Islam menganjurkan ceramah sempena Sambutan Israk Mikraj peringkat dalaman di Dataran Minda mulai jam 7.30 pagi.Aktiviti akan dimulakan dengan bacaan yasin dan disusuli dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Ibrahim B Ahyead dan diakhiri dengan kuiz spontan. Semoga aktiviti yang dijalankan akan mendapat manfaat kepada warga SK Bachang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
