Sunday, March 27, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1

Latihan dalam perkhidmatan 1 telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2011. Slot yang pertama adalah mengenai pentaksiran PBS yang telah disampaikan sendiri oleh puan guru besar Pn Hjh Che Aishah Yaacob. Powerpoint bagi slot ini telah pun diupload di dalam blog sekolah.

Bagi slot kedua, guru-guru berpeluang belajar dan meneroka perisian MS Publisher yang disampaikan oleh Pn Jasmin Mohamad. Slot pada hari ini menekankan kepentingan membuat brochure kepada guru-guru. Di akhir slot, guru-guru telah memasuki pertandingan membuat brochure dan telah menunjukkan kesungguhan sewaktu merekacipta brochure masing-masing.

Hadiah bagi pemenang akan disampaikan sewaktu LDP2 30 April 2011 nanti. AJK Pembestarian mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh guru-guru SKB.

Friday, March 25, 2011

PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH 2011

pbs2011

Wednesday, March 23, 2011

LARIAN MERENTAS DESA 2011




Larian merentas desa di bawah kelolaan unit Ko Ku SKB telah diadakan pada hari Selasa 22 Mac s 2011. Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 telah mengambil bahagian di dalam larian ini. Acara ini telah dijayakan lagi dengan bantuan pihak polis dari Balai Polis Malim .

Editor mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkuslumus menjayakan acara tahunan ini.

Wednesday, March 2, 2011

FIRE DRILL

Program: LATIHAN KEBAKARAN
Lokasi : S K Bachang
Hari : Khamis (7 Februari 2010)
Waktu: 9.30 pagi

Satu latihan kebakaran telah diadakan di padang sekolah SK Bachang. Murid -murid telah menjalani latihan ini dengan terancang dan berdisiplin di bawah kelolaan Ustaz Mohd Hisham dan GPK HEM ini .
Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat kerana telah memberi kejersama yang baik sepanjang latihan ini.

Sunday, February 20, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Sambutan maulidul rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu).
Acara dimulakan dengan ceramah maulidul rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Semua murid SKB dan guru telah berarak sempena meraikan hari kebesaran junjungan kita. Terdapat ibubapa yang turut serta dalam perarakan ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya panitia agama dalam menjayakan majlis ini.

"1 MALAYSIA , 1 UMMAH"

Monday, January 31, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2011

Program kecemerlangan UPSR tahun 6 pada kali ini diadakan pada 28 Januari 2011 (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa dan penjaga, diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Salim Jusoh, ucapan puan Guru Besar, memperkenalkan guru-guru yang mengajar Tahun 6 dan taklimat program kecemerlangan. Majlis dimeriahkan lagi dengan ceramah motivasi oleh pakar motivasi En Rohizal Kasim.

Editor berharap agar keputusan peperiksaan UPSR kali ini akan lebih meningkat hasil daripada kerjasama ibubapa yang cemerlang , guru-guru dan usaha anak didik tahun 6. Semoga program ini bakal menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik sekolah. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.


Monday, January 24, 2011

UJIAN DALAM TALIAN PERMATA PINTAR NEGARA


PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERMATA UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2011.

Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

Monday, January 17, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SKB 2011



Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan SPBT pada kali ini telah diadakan pada pagi Isnin 17 Januari 2011 jam 8.00 pagi. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Salim, nyanyian lagu patriotik dan ucapan Guru Besar. Antara pesanan puan GB ialah semua pengawas mesti bertanggungjawab terhadap tugas masing- masing, berketerampilan dan tegas agar murid-murid yang lain mengikut arahan.

Diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil ketua balai, Balai Polis Malim selaku pegawai perhubungan sekolah Koperal Yusri b Mahat.Beliau juga telah menyampaikan watikah perlantikan para pengawas bagi sesi 2011 dan surat penurunan kuasa kepada guru disiplin SKB iaitu En Mohd Fadli Mad Yusof.

Editor mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pengawas SKB dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Friday, December 31, 2010

PROGRAM SUAIKENAL DAN PENDAFTARAN TAHUN 1

TARIKH : 30 DISEMBER 2010 (KHAMIS)

Hari ini merupakan hari suai kenal dan pendaftaran murid tahun 1 serta pembayaran yuran bagi semua murid-murid SKB. Terpancar reaksi yang pelbagai di wajah murid-murid kerana memasuki alam persekolahan.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Pn Hjh Che Aishah selaku guru besar SK Bachang dan diikuti dengan pembahagian murid mengikut kelas yang didaftarkan. Ujian diagnostik telah dijalankan bagi menentukan tahap murid mengikut aliran kelas Tahun 1.

Pada masa yang sama, pendaftaran dan pembayaran yuran juga dilaksanakan bagi semua murid SKB.

Semoga murid-murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

Saturday, November 20, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN HJH FAIZAH ABU BAKAR

MAJLIS PERSARAAN PN HJH FAIZAH ABU BAKAR
TARIKH: 19 NOVEMBER 2010
HARI : JUMAAT

Pn Hjh Faizah merupakan ketua panitia Bahasa Inggeris SKB yang telah berkhidmat selama 18 tahun dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan patut dicontohi.
Majlis persaraan ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan . Satu persembahan multimedia juga telah diadakan bagi mengingati peristiwa suka duka di SKB. Semua warga sekolah telah bersama-sama menyumbang untuk cenderahati di majlis send-off ini.
Editor merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pn Hjh Faizah kerana telah bersama-sama menaikkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Jasa mu tidak terbalas....