Sunday, January 31, 2010

PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

Majlis jalinan mesra ini telah diadakan pada Jumaat, 29 Januari 2010 di Dewan SKBachang tepat pada pukul 3.00 petang. Dirasmikan oleh Tn Hj Abd Kadir selaku Yang Dipertua PIBG SK Bachang.

Dimulakan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Salim Jusoh dan diteruskan dengan taklimat oleh Tn Hj Anuar Jaffar selaku guru bimbingan dan kaunseling. Diikuti dengan penerangan kertas peperiksaan mengikut subjek UPSR oleh Ketua-ketua Panitia serta suaikenal dengan guru-guru Tahun 6. 

Majlis bersurai sekitar 5.30 petang.

Antara ibubapa/penjaga yang menghadiri program ini.
Ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Che Aishah Yaacob, Guru Besar SKB
Ucapan perasmian oleh Tn Hj Abd Kadir Yaakup
Penerangan kertas BM oleh En Abu Samah Ahmad, GPK3
Penerangan kertas BI oleh Ketua panitia BI, Pn Hjh Faizah Abu Bakar
Penerangan kertas Maths oleh Ketua Panitia Maths, Pn Norsum Mustaffa
Penerangan kertas Science oleh Ketua Panitia Science dan juga Guru Penyelaras Tahun 6,
En Salleh Asran

Friday, January 22, 2010

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010

SEKITAR MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2010
Majlis bertempat di Dataran Minda SKB pada 18 Januari 2010 dan telah disempurnakan oleh En Rashid b Ismail selaku Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat.

Objektif program ialah untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada semua pengawas , pengawas perpustakaan dan pengawas SPBT sebagai pemimpin kecil di sekolah.

Adalah diharapkan agar pemimpin kecil ini akan menjadi lebih berdedikasi, cekap, amanah dan penuh iltizam.

Program ini telah berjalan dengan lancar di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah serta Unit Disiplin. Semua guru yang terlibat telah memberi kerjasama yang padu demi menjayakan program ini serta mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak sekolah.