Wednesday, April 30, 2014

A moment with Puan Sri Sherina Leong Aris

Tarikh: 30.4.2014
Masa : 8.20 pagi
Tempat : Dewan SK Bachang

Malaysia Airports Holdings Bhd sekali lagi telah mengadakan lawatan ke SK Bachang yang telah menjadi anak angkatnya bermula 2013.
Rombongan ini telah disambut dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid SK Bachang. Diketuai oleh Pn Sri Sherina, beliau telah mengumumkan insentif untuk program membaca dalam Bahasa Inggeris  di bawah program Beyond Borders.
Murid-murid begitu teruja apabila melihat pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan sekiranya dapat mengumpul bintang untuk program membaca ini.

Semua guru-guru Bahasa Inggeris telah diberi latihan Grammar oleh Pn Sri Sherina sehingga jam 5 ptg. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah sudi membimbing warga sekolah kami.









Sila klik pautan di bawah untuk menonton video.

Sunday, April 13, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -36

TARIKH: 12 APRIL 2014
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : KANTIN SK BACHANG

Mesyuarat PIBG kali ke 36 telah dijalankan  dengan  lancar dan pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua ajk PIBG yang telah menjayakan mesyuarat ini. Juga jutaan terima kasih kepada pihak Malaysia Airport Holdings Berhad yang telah sudi memberi sumbangan kepada murid-murid yang mendapat 5 A   di dalam peperiksaan UPSR 2013.


Friday, April 11, 2014

MAJLIS PERSARAAN GURU PENOLONG KANAN SK BACHANG

TARIKH: 11 APRIL 2014
HARI : JUMAAT
MASA 8.00 - 10.30 PAGI
TEMPAT : KANTIN SK BACHANG

Aturcara :
7.35 pagi - Perhimpunan pagi
7.45 pagi - Ketibaan yang diraikan
8.00 pagi - Ucapan pengerusi majlis
                  Bacaan doa
                  Ucapan wakil pelajar
                  Ucapan Guru Besar
                  Ucapan YDP PIBG
                  Ucapan Yang Diraikan
8.45 pagi - Penyampaian cenderahati dari guru dan murid
9.00 pagi - Persembahan murid

  • Nyanyian murid Tahun 1P - Salam
  • Deklamasi sajak - adik Naqib Salam
  • Nyanyian murid tahun 4P - You Raise Me Up
  • Tarian Portugis dari Kelab Kebudayaan
  • Nyanyian dari guru-guru panel BI
          Persembahan multimedia

9.45 pagi   - Acara potong kek
10.00 pagi -  Sent off
10.30 pagi - Lambaian Kasih

Semua warga SKB merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Mr Ng yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan dan HEM di sekolah ini. Kami doakan yang terbaik untuk Mr Ng.



Thursday, April 10, 2014

KEJAYAAN KOKU SK BACHANG

Tahniah kepada pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan SK Bachang. Pasukan lelaki telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan perempuan menjadi Johan Peringkat Kawasan Bukit Cina. 5 orang pemain pasukan perempuan dan 3 orang pemain lelaki terpilih mewakili kawasan.

Adik Naqib Salam daripada tahun 5B juga telah muncul sebagai juara Deklamasi Sajak Syair peringkat kawasan dan menjadi Naib Johan peringkat negeri sempena karnival pendidikan di MITC baru-baru ini.

Syabas kepada semua pemain dan guru yang telah berjaya membawa murid SKB ke tangga kejayaan.