Sunday, August 26, 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ANAK YATIM


Pada 15.8.2012, majlis khatam Al Quran dan penyampaian sumbangan sempena aidilfitri telah diadakan di dewan SK Bachang. Majlis Khatam Al Quran ini dipimpin oleh Ustaz Abdul Hakim dan Ustaz Ibrahim Ahyead.  Seramai 25 orang anak yatim di SK Bachang telah menerima sumbangan daripada pihak sekolah dan orang perseorangan. Semoga amal bakti ini diberkati dan diredhai Allah SWT. 

                                                    







Sunday, August 12, 2012

SEMUA WARGA SK BACHANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM TAHUN 2012

TARIKH: 15.8.2012

TEMPAT: KANTIN SK BACHANG

MASA: 10.35-1.05 PTG

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan anak yatim akan diadakan pada ketetapan di atas. Sehubungan dengan itu, semua murid dibenarkan balik pada 1.05 ptg dan kelas tasmik dibatalkan.

Semoga majlis ini mendapat lebih keberkatan daripada Allah s.w.t

Sunday, August 5, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6

Adalah dimaklumkan bahawa SK Bachang akan mengadakan perjumpaan Ibubapa mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 7.8.2012
Hari : Selasa
Masa: 11.30 pagi
Tampat : Bilik Mesyuarat SKB



Tarikh : 8.8.2012 
Hari : Rabu
Masa: 10.00 pagi
Tampat : Kantin SKB


Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan  sekolah  sebelum peperiksaan UPSR pada 11-13 September 2012. Peranan ibubapa adalah penting untuk kecemerlangan anak-anak di samping usaha  yang berterusan  daripada pihak sekolah.

sehubungan dengan itu, ibubapa diminta menghadirkan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.