Monday, January 31, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2011

Program kecemerlangan UPSR tahun 6 pada kali ini diadakan pada 28 Januari 2011 (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa dan penjaga, diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Salim Jusoh, ucapan puan Guru Besar, memperkenalkan guru-guru yang mengajar Tahun 6 dan taklimat program kecemerlangan. Majlis dimeriahkan lagi dengan ceramah motivasi oleh pakar motivasi En Rohizal Kasim.

Editor berharap agar keputusan peperiksaan UPSR kali ini akan lebih meningkat hasil daripada kerjasama ibubapa yang cemerlang , guru-guru dan usaha anak didik tahun 6. Semoga program ini bakal menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik sekolah. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.


Monday, January 24, 2011

UJIAN DALAM TALIAN PERMATA PINTAR NEGARA


PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERMATA UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2011.

Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

Monday, January 17, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SKB 2011



Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan SPBT pada kali ini telah diadakan pada pagi Isnin 17 Januari 2011 jam 8.00 pagi. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Salim, nyanyian lagu patriotik dan ucapan Guru Besar. Antara pesanan puan GB ialah semua pengawas mesti bertanggungjawab terhadap tugas masing- masing, berketerampilan dan tegas agar murid-murid yang lain mengikut arahan.

Diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil ketua balai, Balai Polis Malim selaku pegawai perhubungan sekolah Koperal Yusri b Mahat.Beliau juga telah menyampaikan watikah perlantikan para pengawas bagi sesi 2011 dan surat penurunan kuasa kepada guru disiplin SKB iaitu En Mohd Fadli Mad Yusof.

Editor mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pengawas SKB dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.