Friday, February 12, 2010

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 SESI 2010

Hari : Sabtu, 6 Februari 2010
Tempat : Dewan SK Bachang
Peserta : Semua murid Tahun 6
Fasilitator : Tn Hj Anuar Jaafar, Pn Nurulhuda Hasan dan guru-guru praktikum BNK.

Objektif program motivasi "Pengurusan Masa" :
  • Menyedarkan murid bahawa setiap orang mampu berjaya
  • Menyemai semangat yakin kepada diri sendiri
  • Membantu murid dari aspek sosial dan pembelajaran khasnya dalam pengurusan masa
  • Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti seharian bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Tentatif program:
8.00 am- Pendaftaran
8.30 am- Ceramah Pengurusan Masa
10.30-11.00 am- Rehat
11.00am - Pembahagian Kumpulan & LDK1 "Jigsaw Puzzle"
12.00 pm- LDK2 "Bina Jadual Persendirian"
12.30 pm- Bersurai